Dublin Core
Title
Kurikulum Seni Silat Malaysia Serta
Sumbangannya kepada Warisan dan Tamadun Melayu

Subject
Seni Silat Malaysia
Description
Kurikulum Seni Silat Malaysia Serta
Sumbangannya kepada Warisan dan Tamadun Melayu di ICOMHAC2015 eproceedings

Creator
Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie, et.al
Source
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35696/1/35696.pdf
Publisher
UiTM Cawangan Kedah-INSPIN
Date
2015
Text Item Type Metadata
Text
Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang digunakan
sebagai ilmu pertarungan yang telah disusun menjadi ilmu seni perang Melayu tradisi.
Ilmu ini diamalkan seiring dengan warisan yang lain seperti bahasa, adat istiadat,
kesenian, kesusasteraan, permainan, busana, pertukangan, pelayaran, senjata, petua
lain-lain lagi. Apabila institusi di raja tidak lagi menaungi para pahlawan dan orang
perang, maka institusi seni perang Melayu tradisi telah bertukar peranan sebagai ilmu
seni bela diri kepada orang-orang Melayu yang mana secara tidak langsung
membentuk jati diri bangsa Melayu. Walaupun penulisan ilmiah ilmu PERSILATan tidak
pernah ditemui, namun melalui karya sastera dan sejarah tamadun Melayu
menunjukkan bahawa ilmu perang tradisi ini menggambarkan peranan para pahlawan
yang mahir bersilat. Pada tahun 2006 Silat telah diiktiraf sebagai Ilmu Seni Bela Diri
Rasmi Malaysia dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara. Silat Melayu iaitu silat asli
tempatan versi Malaysia telah berkembang kepada beberapa kumpulan yang
diperturunkan secara tidak seragam. Manakala terdapat juga ilmu seni
mempertahankan diri kaum pribumi yang masih diamalkan di kalangan kaum masingmasing. Kaedah pendidikan silat Melayu tradisi menggunakan gelanggang bangsal
semakin kurang diamalkan disebabkan perkembangan silat di bandar-bandar yang
menggunakan lapangan, dewan, kelab atau bangunan. Kaedah pendidikan silat moden
wajar menggunakan satu Kurikulum Silat lengkap dengan sukatan dan rancangan
pelajaran silat yang dapat membantu para guru dan jurulatih melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran silat serta ujian penilaian yang setara dan telus. Keseragaman
perkhidmatan pendidikan silat memudahkan pengurusan ilmu dan masa depan silat, di
samping membantu para guru, jurulatih dan pesilat memperkasakan perkhidmatan
pendidikan silat di Malaysia