Kenali ‘Raja Segala Senjata’ Dalam Seni Bela Diri Melayu

Dublin Core

Title

Kenali ‘Raja Segala Senjata’ Dalam Seni Bela Diri Melayu

Subject

Senjata dalam seni bela diri Melayu

Description

Keunikan Tekpi

Creator

Bukhari Malek

Source

Malek, B. (2017, September 18). Kenali “Raja Segala Senjata” Dalam Seni Bela Diri Melayu. VOCKET. https://www.thevocket.com/penggunaan-tekpi-dalam-seni-bela-diri-melayu/

Publisher

thevocket.com

Date

2017

Language

Malay

Text Item Type Metadata

Text

Terdapat beberapa senjata yang sinonim digunakan dalam seni bela diri Melayu. Antaranya adalah keris (senjata yang menjadi simbolik dalam persilatan Melayu), buku lima atau senjata sulit yang juga dikenali dengan nama ‘tapak harimau’, kerambit, sundang, pedang, golok termasuk tekpi.

Uniknya, tekpi bukan digunakan dalam seni bela diri Melayu sahaja. Tekpi atau juga disebut sai atau tjabang (sebutan: chabang dalam bahasa Indonesia) ini turut digunakan oleh kebanyakkan seni bela diri antarabangsa yang lain. Namun, di dalam seni bela diri Melayu, tekpi lebih terkenal digelar sebagai Raja Segala Senjata. Ini adalah kerana fungsi dan reka bentuknya terbukti mampu memerangkap serta menangkis segala ancaman daripada senjata lain. Baik yang bersifat pendek, panjang atau tajam.

Tekpi selalunya diperbuat daripada besi, memiliki bentuk cabang 3 yang mana cabang utama berbentuk lurus dan panjang (tidak tajam) dan 2 cabang lagi berbentuk seperti huruf ‘U’ atau seperti tanduk kerbau yang dipanggil sampir. Teknik penggunaan tekpi sebagai senjata dalam seni bela diri berbeza mengikut corak permainan seni bela diri masing-masing. Sebagai contoh, teknik penggunaan tekpi dalam silat dan karate adalah berbeza. Meskipun begitu, fungsi tekpi sebagai senjata melibatakan pergerakan memukul, menusuk, menghentak atau mengunci boleh dikatakan hampir sama sahaja.