Dublin Core
Title
Senjata yang tidak dituntut
Subject
Senjata Melayu
Description
Senjata yang tidak dituntut dalam ilmu persilatan Melayu
Creator
Bukhari Malek
Source
Malek, B. (2017, September 18). Kenali “Raja Segala Senjata” Dalam Seni Bela Diri Melayu. VOCKET. https://www.thevocket.com/penggunaan-tekpi-dalam-seni-bela-diri-melayu/
Publisher
thevocket.com
Date
2017
Text Item Type Metadata
Text
Tidak seperti kerambit atau keris, sehingga ke hari ini masih lagi belum ada mana-mana seni bela diri di dunia yang mengiktiraf tekpi sebagai senjata asli mereka. Ini kerana terdapat pelbagai pendapat yang membahaskan asal usul kewujudan tekpi. Sebahagian daripada pengiat seni bela diri mempercayai bahawa tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia melalui Kedah semasa perdagangan India, China di utara Malaysia iaitu sempadan Malaysia dan Thailand.
Dalam pendapat yang lain mendakwa, tekpi sebenarnya berasal dari Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, China , Indochina dan Okinawa iaitu wilayah Jepun yang paling selatan. Manakala, satu lagi pendapat mengatakan tekpi ini sebenarnya senjata yang diadaptasi daripada trisula (tombok bermata tiga) berasal dari Benua India sebelum tersebar ke Indonesia dan Malaysia.
Secara kasar, asal usul tekpi mempunyai 3 pendapat yang berbeza. Pertama, tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia. Kedua, tekpi berasal daripada Indonesia kemudian tersebar ke Malaysia, China, Indochina dan Jepun. Dan yang ketiga, tekpi berasal dari Benua India kemudian tersebar ke Indonesia dan Malaysia.
Menurut salah seorang pengiat seni bela diri tanah air, Tuan Mohd Asnan selaku tenaga pengajar di Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia semasa pertemuan bersama tim editor Vocket di Muzium Seni Kuantan, Pahang pada minggu lepas juga bersetuju bahawa sejarah berkenaan asal usul tekpi masih tidak boleh dibahas secara terperinci oleh kerana terlalu banyak pendapat yang berbeza.
Bagi pengiat seni bela diri, memiliki kefahaman serta kemahiran yang tinggi untuk mengendali ‘Raja Segala Senjata’ ini adalah perkara yang paling utama. Tanpa ilmu dan kemahiran, tiada ada apa yang menjadikan senjata ini istimewa berbanding senjata yang lain. Antara seni bela diri Melayu yang menggunakan tekpi sebagai senjata dalam latihan ialah, Silat Warisan Tekpi Endau, Silat Kuntau Tekpi, Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Harimau Berantai dan banyak lagi.